|
Zaman dan berubah, dunia dah maju.
Manik-manik dipasaran sekarang ada pelbagai bentuk, saiz dan warna.
Harga manik-manik ini juga berpatutan dan tidak membebankan pengguna.
Untuk sulaman manik, semakin banyak manik
digunakan, makin menarik. Jika ditambah lagi dengan pelbagai warna yang
digunakan ia makin menyerlah. Bak kata seorang pengacara TV yang
popular, semakin "bling-bling".

Manik-manik ini boleh disusun menjadi
pelbagai corak yang menarik seperti didalam gambar dibawah, dimana-mana
bahagian baju yang anda mahu. Lazimnya dibahagian keliling leher,
lengan dan badan bahagian hadapan.
(Jika diletakkan dibelakang, anda mungkin tidak selesa untuk duduk
bersandar!). Corak susunan bergantung kepada kreativiti dan imaginasi
masing-masing.

Secara am, jahitan sulaman manik boleh
dibuat diapa-apa jenis kain. Tapi untuk kain yang nipis dan jarang,
jahitannya agak rumit dan perlu perlu berhati-hati untuk memastikan
kainnya tidak rosak. Disebabkan itulah, ia lambat untuk disiapkan dan
tentu sekali harga lebih mahal. Kain lace seperti dibawah, kebiasaannya
untuk baju pengantin, amatlah rumit untuk dibuat sulaman manik.

Untuk baju kurung atau kebaya yang ada
corak, contohnya batik, jahitan manik dibuat menuruti corak bunga yang
ada seperti gambar dibawah.

Warna manik yang digunakan juga adalah matching dengan warna bunga yang
ada dibaju. Ini akan menyerlahkan dan seolah- olah menghidupkan bunga
yang ada dibaju anda. Sebanyak mana taburan manik, itu bergantung pada
kehendak anda. Walaupun kosnya lebih sedikit, ia amat berbaloi. Tapi
jangan risau, sebenarnya ia bukanlah mahal sangat. Anda boleh lihat
dilaman 'tempahan'
untuk anggaran harga. Pilih pakej yang anda mampu dan tidak membebankan
anda.
Untuk baju yang menggunakan kain plain colour, tanpa bunga-bunga,
jahitan manik boleh menambahkan seri baju anda. Sedikit kreativiti dan
imaginasi diperlukan untuk membuat susunan dan sulaman. Hasilnya amat
memuaskan hati seperti dibawah. Semakin banyak manik, semakin cantik
tapi ongkosnya makin tinggi. Berapa tinggi? Anda yang tentukan. Bila
anda membuat tempahan, anda boleh nyatakan had harga maksima anda.

Anda boleh lihat beberapa contoh
jahitan hasil kerja tanganku dilaman 'galeri'.
Banyak faktor yang menentukan berapa banyak
masa yang diambil untuk menyiapkan jahitan manik seperti corak yang
dipilih, banyak atau sedikit tempat yang hendak disulam, bilangan manik
dan bilangan warna manik. Secara kasar, sulaman manik akan mengambil
masa lebih kurang seminggu.
Oleh kerana saya tidak mengambil upah
menjahit baju kurung atau kebaya, anda perlu membeli atau mengupah
orang lain untuk menjahitnya dan kemudian hantarkannya kepada
saya. Alamat saya ada tertera dilaman 'tempahan'.
Kos untuk penghantaran perlu ditanggung oleh anda. Gunakan Pos
Berdaftar untuk memastikan penghantaran dibuat dengan cepat dan selamat.
Sememangnya amat sukar untuk menetapkan
corak dan harga hasil kerja sulaman manik sehinggalah kerja-kerja
menjahitnya telah selesai. Jadi untuk mengelakkan anda merasa tidak
selesa atau tidak yakin, saya telah menyediakan beberapa pakej harga
iaitu corak manik (untuk baju dengan kain kosong) dan bilangan warna
manik untuk setiap tempat yang akan diletakkan manik. Dapatkan maklumat
lebih lanjut dilaman 'tempahan'.
Untuk baju yang sudah mempunyai corak, patern yang akan dibuat
mengikut corak bunga yang telah ada.
Jika ada sebarang kemuskilan atau
pertanyaan, boleh hubungi saya melalui e-mail atau telefon. Dapatkan
maklumat bagaimana cara untuk berhubung dengan saya dilaman 'hubungi saya'.
Sama seperti smocking, baju dijahit
berdasarkan tempahan, iaitu siapa cepat dia dihadapan. Maknanya anda
perlu menempah sekarang untuk memasti giliran anda dihadapan.

Apabila membuat tempahan, belum ada apa-apa
caj yang dikenakan. Kemudian anda perlu menghantar baju anda
kepadaku dengan segera dan kos penghantaran perlu ditanggung oleh
anda sendiri. Setelah baju siap, anda akan dihubungi melalui e-mail
untuk membuat bayaran. Baju akan diposkan selepas anda membuat bayaran
termasuk harga pos. Maklumat untuk membuat bayaran boleh didapati
dilaman 'cara
bayaran'.
JADI JANGAN
BERLENGAH LAGI. TEMPAHLAH SEKARANG.
|